Apa manfaat ICT dalam pembelajaran?

Penggunaan  ICT  secara  berfikrah ,  terancang  dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:

• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid   terhadap pelajaran,


• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang  pelbagai  keupayaan,


• Meningkatkan motivasi murid,


• Membolehkan  pembelajaran  bersendiri 
 
• Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.


• Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul, 


• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,


• Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan  dengan cara biasa,


• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,


• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan  yang  minima,


• Meningkatkan kemahiran ICT

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Teknologi Maklumat (IT) Lebih Banyak Mendatangkan Kebaikan daripada Keburukan

Teknologi Maklumat (IT) merupakan alat pengurusan terkini yang digunakan sepenuhnya di Putrajaya. Sistem ini akan diperluas hingga ke sekolah-sekolah.

Melaluinya, kita akan mengetahui perkembangan dunia luar hanya dengan memicit butang di komputer. Pengetahuan kita juga akan cepat berkembang. Komunikasi yang pantas ini akan memudahkan kita bertindak.

Selain itu, semua urusan juga akan menjadi lebih mudah. Selama ini, kita terpaksa beratur di kaunter untuk membayar bil. Dengan adanya sistem ini, semua masalah akan selesai dengan hanya menekan butang dari dalam bilik.

Sistem teknologi terkini juga tidak memerlukan pekerja yang ramai. Kerja dapat diselesaikan dengan cepat apabila pekerja menjadi mahir.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS