PENGENALAN ICT

Takrifan dan Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Teknologi Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi maklumat dan komunikasi ialah teknologi yang berkaitan dengan pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.
Senn (1998) menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen ini mencipta peluang kepada manusia dan organisasi untuk lebih produktif, berkesan dan berjaya.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.

Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS