Penggunaan ICT secara berfikrah , terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran:
• Berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran,
• Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan,
• Meningkatkan motivasi murid,
• Membolehkan pembelajaran bersendiri
• Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi.
• Membolehkan murid mengumpul maklumat yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul,
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar,
• Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa,
• Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid,
• Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minima,
• Meningkatkan kemahiran ICT