Teknologi
  Maklumat dan Komunikasi menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Teknologi  
maklumat dan komunikasi ialah  teknologi yang berkaitan dengan  
pemerolehan, penyimpanan, pem-prosesan dan penyebaran maklumat melalui  
penggunaan teknologi komputer dan tele-komunikasi.
Senn (1998)
  menyatakan teknologi maklumat dan komunikasi mengandungi tiga komponen
  iaitu komputer, komunikasi dan tahu-guna.Gabungan ketiga-tiga komponen
  ini mencipta peluang  kepada manusia dan organisasi untuk lebih  
produktif, berkesan dan berjaya.Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data.
Ruang lingkup tajuknya sangat luas: berkenaan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah: penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.





